Friday, 25 May 2012

tentang pra sekolah

nie lencana untuk pra sekolah 



Objektif
Menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

Latar Belakang
18 Disember 1991
  • Mesyuarat Jemaah Menteri
  • KPM melaksanakan program prasekolah.
27 Januari 1992
  • Mesyuarat antara Kementerian.
  • Projek Rintis Pendidikan Prasekolah KPM (1,131 kelas)
Akta Pendidikan 1996
  • Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan
6 Jun 2001
  • Mesyuarat Jemaah Menteri.
  • Peluasan program Prasekolah KPM.

Kriteria Pemilihan Sekolah
a) Lokasi Pedalaman/Luar Bandar/Pinggir Bandar/Bandar.
b) Murid Tahun Satu Yang Tidak Berprasekolah Tinggi.
c) Tiada Operator Tadika Lain.
d) Mengambilkira Pendaftaran Murid Tahun Satu bagi tahun berikutnya (>15 orang).
e) Kemudahan Ubah Suai/Bina Bilik Darjah.
f) Permintaan Masyarakat Setempat.

Kriteria Pemilihan Murid
a) Warganegara Malaysia.
b) Berumur 5 dan 5+ tahun.
c) Setiap kelas 25 orang murid.
d) Keutamaan pemilihan berdasarkan pendapatan dan tanggungan ibu bapa / penjaga.


Geran Per Kapita (PCG)
RM100 seorang murid setahun
RM100 X 25 murid X 1 kelas
Jumlah : RM2500 setiap kelas setahun

Bantuan Makanan
RM1.50 seorang murid sehari
RM1.50 X 1 murid X 200 hari
Jumlah : RM300 seorang murid setahun

Program-Program Prasekolah KPM
a) Program ICT Prasekolah (KPM) Mulai 2002
Komputer/Pencetak/Meja/Kerusi/Perisian
(Agihan 2 set komputer dan 1 pencetak setiap kelas)
b) Program ICT Kidsmart Early Learning (IBM) Mulai 2001
Komputer/Pencetak/Meja/Kerusi/Perisian
(Agihan 1 set bagi kelas prasekolah yang terpilih)
Sehingga Februari 2004 . KPM terima 59 set daripada IBM (M) Sdn Bhd
c) Program Rintis Prasekolah Inklusif Pendidikan Khas Mulai 2003 . 3 kelas
( 20 Murid Biasa & 5 Murid Bermasalah Pembelajaran)
  • SK Seksyen 20, Shah Alam, Selangor.
  • SK Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang.
  • SK Khir Johari, Sungai Petani, Kedah.
d) Program Prasekolah Pendidikan Khas Mulai 2004 . 28 kelas
  • Prasekolah Bermasalah Pembelajaran
  • Prasekolah Bermasalah Penglihatan
  • Prasekolah Bermasalah Pendengaran
e) Program Penempatan Guru Prasekolah Siswazah Mulai 2004
Sumber Maklumat: Kementerian Pelajaran Malaysia

Pra Amanah

Pra Amanah nie adalah salah satu kelas Pra Sekolah kat sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak (SKKGB)...sekolah nie dekat Kuala Terengganu...nie hah alamat nyer

SEKOLAH KEBABGSAAN KOMPLEKS GONG BADAK,
21300 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN

hah....nie hah lencana sekolah nyer...

nie lokasi nyer....guner google map jer.. -.-"

sekolah nie ade 2 kelas untuk pra sekolah yang di sebut Pra Sekolah Al Faroha dan kelas nyer di beri nama kelas Amanah dan kelas Taqwa... so saye sebagai cikgu yang mengajar pra sekolah Al Faroha kelas Amanah, akan berkongsi sedikit tentang aktiviti mereka...

nie bangunan nyer...


  




tu je la kot dulu...laen kali kite sambung ok...
:))